Thursday, April 15, 2010

Isu dan Trenda Terkini Teknologi Pengajaran

Hak Cipta (Copyright)

Hak cipta ialah satu set hak eksklusif yang mengawal penggunaan sesuatu pernyataan idea atau maklumat. Dalam kebanyakan kes, hak-hak ini adalah untuk tempoh yang terhad. Simbol untuk hak cipta ialah ©, dan di sesetengah bidang kuasa, simbol itu boleh digantikan dengan (c).

Hak cipta boleh wujud dalam berbagai-bagai karya kreatif, intelektual, atau berseni. Ini termasuk puisi, tesis, drama, buku, filem, karya koreografi (tarian, balet, dll.), gubahan muzik, rakaman audio, lukisan, arca, gambar foto, perisian, serta siaran radio dan televisyen, dan di sesetengah bidang kuasa, juga seni reka perindustrian. Hak cipta ialah sejenis harta intelektual; reka bentuk dan seni reka perindustrian boleh merupakan jenis-jenis harta intelektual yang berasingan atau bertindih dalam sesetengan bidang kuasa.


Undang-undang hak cipta hanya melindungi bentuk atau cara yang mana idea-idea atau maklumat-maklumat ditunjukkan, iaitu "bentuk pernyataan fizikal". Hak cipta tidak direka bentuk untuk tujuan melindungi idea, konsep, fakta, gaya, atau teknik yang wujud atau digambarkan dalam karya hak cipta. Undang-undang hak cipta memberi ruang untuk karangan sindiran dan karangan pentafsiran terhadap karya-karya yang mungkin mempunyai hak cipta pada dirinya. Sila lihat Pembahagian idea-pernyataan.



Misalnya, hak cipta yang wujud dalam kartun Mickey Mouse melarang pihak-pihak yang tidak diberi kuasa untuk mengedarkan salinan-salinan kartun atau mencipta karya-karya terbitan yang meniru tikus antropomorfik Walt Disney, tetapi tidak melarang penciptaan karya-karya kesenian mengenai tikus antropomorfik secara amnya, asalkan karya-karya ini cukup berbeza supaya tidak meniru versi yang asli. Undang-undang yang lain mungkin mengenakan sekatan untuk penghasilan semula atau penggunaannya jika hak cipta tidak berbuat demikian, umpamanya tanda dagangan dan paten.



1.1.1 Harta intelek

Harta intelek (intellectual property atau IP) dalam bidang undang-undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.

Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan tahap inovasi, ekonomi dan menganjaknya ke sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan. Kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan pengetahuan.

Hari Harta Intelek Sedunia disambut pada 26 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang apa itu harta intelek dan bagaimana ia menggalak bukan saja perkembangan muzik, kesenian dan hiburan tetapi juga inovasi produk dan teknologi.

1.1.2 Harta intelek di Malaysia

Di Malaysia, harta intelek yang dilindungi di bawah undang-undang adalah paten, hakcipta, cap dagangan, rekabentuk perindustrian, petunjuk geografi dan reka bentuk susun atur litar bersepadu. Varieti tumbuhan adalah komponen harta intelek dan ianya ditadbir oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Antara undang-undang yang melindungi harta intelek adalah:

1. Akta Cap Dagangan 1976

2. Akta Paten 1983

3. Akta Hakcipta 1987

4. Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996

Mengikut laporan agensi antarabangsa Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) mengenai perkembangan paten di Asia, China, Korea Selatan dan Jepun adalah negara yang berada di tempat 10 teratas sebagai negara yang paling banyak menfailkan paten. Untuk negara seperti Malaysia, terdapat penambahan 70% jumlah paten yang difailkan pada peringkat antarabangsa iaitu dari 60 ke 103 pada tahun 2007

1.2 Keselamatan



Keselamatan Pengguna

• Pastikan tempat kerja (meja komputer) terurus, system unit terletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang untuk semua alat peranti.

• Pastikan tempat duduk anda selesa, kerusi dilaraskan mengikut kesesuaian anda, duduk dengan tegak untuk mengelakkan sakit pinggang.

• Gunakan penapis cahaya monitor untuk keselesaan dan keselamatan mata.

• Laraskan kedudukan monitor dengan mata, jarak monitor dari mata harus berada antara 18 hingga 24 inci.

• Jangan sekali-kali membuka casing system unit, anda mungkin terkena kejutan elektrik.

• Matikan komputer, kuasa elektrik dan cabut plug dari sumber kuasa apabila kerja-kerja penyenggaraan hendak dilakukan ke atas system unit.

SEMAK KENDIRI 6.5

Keselamatan Data

• Fail yang dicipta dan disimpan ke dalam cakera keras perlu dibuat salinan ke dalam cakera liut atau kedalam storan sekunder yang lain. Ini adalah untuk memastikan salinan fail asal ada sekiranya fail asal dirosakkan oleh virus.

• Cakera liut yang ada fail salinan perlu di lindungi tulis (writeprotect).





1.3 Kerahsiaan



International Organization for Standardization (ISO) telah menakrifkan kerahsiaan bermaksud “memastikan bahawa sesuatu maklumat itu hanya boleh dicapai oleh orang-orang yang tertentu sahaja dengan kebenaran. Kerahsiaan juga bermaksud mengekalkan sekatan terhadap akses dan pendedahan maklumat yang diizinkan. Hilang kerahsiaan bererti pendedahan maklumat tanpa izin.





1.4 Kawalan Kendiri



VIRUS adalah program , skrip atau makro yang bahaya kerana ia boleh meletup, merebak dan juga membiak. Virus ditulis oleh orang yang mahir dalam pengaturcaraan komputer. Tujuannya adalah untuk sabotaj, penyelidikan, jenaka atau tujuan perniagaan. Virus boleh memasuki sistem komputer dengan dua cara iaitu

• melalui salinan program atau fail dari cakera, dan

• melalui proses replica virus itu sendiri.



Komputer yang boleh akses ke Internet sangat terdedah kepada jangkitan virus melalui "downloading " atau e-mel. Ia banyak menyerang fail .EXE dan .COM. Ini menyebabkan pembesaran saiz fail dan seterusnya mengubahsuai fail tersebut.

Terdapat juga virus yang menyerang fail dokumen seperti Virus Winword Concept. Virus komputer juga boleh merebak melalui sektor but (boot sector) cakera. Apabila virus menyerang sektor but, ia dapat mengawal komputer setelah komputer diaktifkan.



1.4.1 Cara-cara mengatasi Virus



i) Kaedah Pencegahan

• Guna kunci liut (password) supaya orang-orang tertentu sahaja boleh menggunakan komputer itu.

• Selalu mengesan virus dengan menggunakan program pengesan virus seperti MacFee Scan, PcCillin, TAVS dan lain-lain.

• Selalu tutup tab lindungi tulis (Write-protect tab) pada cakera liut.

• Jangan menyimpan data-data dalam cakera keras kerana sukar untuk melindungi tulis pada cakera itu.

• Selalu buat cakera bantu (backup) supaya ada salinan sekiranya cakera asal rosak.

• Jangan berkongsi diskette. Kemungkinan ia dijangkiti virus.



(ii) Kaedah Pertahanan

• Masukkan perisian anti virus jenis TSR (berada dalam

memori) seperti ARMOUR, DR SOLOMON dan sebagainya. Dengan cara ini, virus akan dapat dikesan secara automatik setiap kali cakera diakses.

• Laksanakan perisian antivirus yang terbaru untuk mengesan dan mengenalpasti fail yang terjangkit.

• Penggunaan tembok api atau pengalis (firewall) ialah sebuah peranti atau sekumpulan peranti yang ditetapkan untuk membenarkan, menghalang, menyulitkan, menyahsulitkan, atau memproksikan segala trafik komputer di antara domain-domain keselamatan yang berbeza berdasarkan beberapa peraturan serta kriteria.



Soalan

1. Apa maksud dilindungi tulis (write protect) dan apakah fungsi lindungi tulis ini?

2. Apakah langkah-langkah pencegahan, bagi mengelakkan berlakunya serangan virus.





Rujukan



McGill.T (2003). Current Issues in IT Education, IRM Press, Melbourne Australia.



http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_cipta



Young.M.L (2002) Internet: The Complete Reference, Second Edition UK: McGrawS. Hill.