Monday, September 13, 2010

Internet Dalam Pendidikan

 Konsep Internet

Internet adalah gabungan perkataan inter dan networking, iaitu bermaksud antara rangkaian. Internet juga dikenali sebagai Net, merupakan satu rangkaian komputer yang menghubungkan berjuta-juta komputer di merata dunia. Dalam hal ini komputer yang dahulunya digunakan sebagai stand alone dapat berhubung terus dengan host-host atau komputer-komputer yang lain. Komputer dirangkaikan menggunakan talian telefon atau satelit.



5.1.2 Sejarah Internet



Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Pada asalnya ia digunakan untuk tujuan pertahanan dimana jaringan komputer yang tersebar di seluruh US untuk menghasilkan maklumat berpusat dan apabila berlaku peperangan maklumat dapat disebarkan dengan mudah. Jadi bila satu bahagian dari sambungan rangkaian terganggu dari serangan musuh, jalur yang melalui sambungan itu secara automatik dipindahkan ke sambungan lainnya. Setelah itu Internet digunakan oleh kalangan akademik (UCLA) untuk keperluan penelitian dan pengembangan teknologi. Setelah itu, pada awal tahun 1990 kerajaan Amerika Syarikat membenarkan penggunaan internet untuk tujuan komersial.


5.1.3Ringkasan Sejarah Internet



1960an- Pakar komputer menemui cara untuk membina sistem rangkaian.



1969 - ARPANET (DoD Advanced Research Project Agency) menyambungkan UCLA, University of California di Santa Barbara, University of Utah, dan Stanford Research Institute.



1975 - Pentabdiran internet dipindahkan kepada Agensi Komunikasi Pertahanan U.S.



1979 - USENET mula disebarkan ke sistem perhubungan berita antarabangsa.





1981 - BITNET (Because It's Time Network) mula menawarkan mel-elektronik dan ‘ list servers ‘ untuk sebaran maklumat. CSNET (Computer Science Network) menawarkan servis ‘dial-up’ untuk e-mail. Perkhidmatan internet menggunakan komputer pc diperkenalkan.



1982 - TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) menjadi piawai komunikasi rangkaian pada ARPANET.



1983 - MILNET dan DDN (Defense Data Network) diasingkan dari ARPANET.



1984 - Sistem Domain Name Server (DNS) diperkenalkan.



1986 - Cleveland FreeNet memulakan operasi.



1987 - Agensi Sains Kebangsaan US (NSF) menandatangi perjanjian lima tahun ($14 juta ), dengan IBM, MCI, dan Michigan Educational Research Information Triad untuk menguruskan rangkaian.



1988 - Robert Morris, Jr. melepaskan "worm" ke Internet.



1990 - CERN ( European Particle Physics Laboratory di Switzerland) memperkembangkan World Wide Web. ARPANET dihentikan.



1991 - NSF memperkenalkan undang-undang siber penggunaan internet untuk tujuan komersial. DoDDS mula menggunakan CC:Mail.

- Protokol HTTP/HTML dihasilkan oleh Berners-Lee di CERN.



1992 - Malaysia menyertai NFSNET (Internet)

- Sistem pengendalian Linux mula dibangunkan oleh seorang pelajar universitiof

Finland.



1993 - Peluncur Mosaic mendapat sambutan luarbiasa. Peningkatan WWW sebanyak 341,643% dalam setahun.



1994 - Digital video dan audio mula diperkenalkankan melalui Internet.



1995 - Fungsi NFSNET dalam menyediakan laluan internet diambilalih oleh syarikat

komersial.

- Bahasa pengaturcaraan berasaskan objek JAVAdlancarkan oleh Sun Microsystem pada Mei 23.

- Enjin gelintaran diperkenalkan.



1996 - Peperangan peluncur di antara Netcaoe Communicator dan Internet Explorer

berlaku.



1997 - Terdapat 17,618 medan perbincangan berasaskan e-mel.



1998 - Teknologi e-komers dan portal (gerbang) mula mendapat tempat.



1999 - Bilangan pelayan www dianggarkan sebanyak7,078,198



2000 - Dianggarkan terdapat lebih kurang 1 bilion halaman www di internet.



2004 - Serangan virus masih mengancam dan belum ada jalan penyelesaian konkrit





5.2 Enjin Pencarian dan Direktori



Search Engine atau enjin pencarian merupakan tempat di mana kita boleh mencari laman web, blog, forum, komuniti dan pelbagai infomasi. Bagi pihak webmaster atau pihak yang membangunkan sesebuah laman web , enjin pencarian ini merupakan tempat di mana ia diukur dari segi populariti, infomatif serta kepentingan para pencari. Kebiasaannya enjin pencarian ini perlu sentiasa dikemaskini dengan kepesatan teknologi maklumat.





Enjin Pencarian Yang Popular :Antaranya ialah



Google

Yahoo

Excite

Altavista

Webcrawler

MSN

Cari (Malaysia)

Catcha (Malaysia)

Skali (Asia)

Lycos













Jadual di bawah merumuskan beberapa ciri Enjin Pencarian















































































Sumber : http://daphne.palomar.edu/Library/





5.2.1 Pencarian Direktori dan Indeks



Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan apabila kita membuat pencarian menggunakan enjin pencarian. Anda boleh memilih untuk membuat pencarian samada berasaskan Indeks atau kategori (category-based). Alta Vista, HotBot, Open Text Index dan World Wide Web Worm adalah contoh enjin pencarian yang menggunakan Indeks.

Pencarian berasaskan Indeks adalah bersifat luas dan merupakan pencarian dari berjuta tapak web serta artikel yang dihasilkan oleh ‘usenet newsgroup’ dan dihasilkan oleh perisian komputer (computer-generated). Indeks ini dibina oleh 'Web crawler' iaitu program komputer yang mendapatkan kembali fail HTML, mengimbas dan mengindeks semula kandungannya serta mendapatkan fail yang dihubungkan (linked files). Dengan hanya memasukkan kata-kunci dan frasa tertentu kedalam kotak pencarian, anda akan mendapat sejumlah besar tapak web yang mengandungi katakunci pencarian tersebut.

Walau bagaimanapun pencarian menggunakan Indeks memerlukan latihan untuk membiasakan diri. Ia memerlukan kita bijak dalam memilih katakunci dan frasa dimana jika katakunci yang digunakan terlalu luas, kita akan diberikan terlalu banyak tapak yang tidak mengikut susunan. Kebiasaannya kita memerlukan 2 katakunci untuk memperolehi tapak yang hampir menepati pencarian.

Enjin pencarian yang berasaskan kategori seperti ‘Yahoo’, ‘Magellan’ dan 'WWW Virtual Library' mempunyai kelebihan dimana topik yang dipecahkanadalah mengikut kategori dan dilakukan oleh manusia yang mengenalpasti kategori mengikut perkara tertentu. Ia tidak dihasilkan oleh program komputer seperti pada Indeks.

Direktori menghubungkan senarai tapak Web berkaitan yang dibahagikan mengikut kategori dan sub-kategori. Dengan melihat begitu banyak senarai tapak Web dibawah sesuatu perkara tertentu, anda akan temui tapak web yang dirasakan menepati kehendak maklumat yang dicari. Oleh kerana direktori ini dihasilkan oleh manusia, terdapat ulasan bagi tiap tapak Web yang disyorkan sebagai panduan sebelum memasuki terus tapak tersebut. Contohnya jika anda menggunakan Yahoo dan mencari maklumat mengenai ‘Basketball’, anda mestilah memilih kategori utama yang dipaparkan iaitu ‘Recreation’ dan kemudian anda hendaklah memilih sub-category iaitu Sports dan seterusnya Basketball dari senarai yang dipaparkan.

Semua senarai tapak Web yang diberikan oleh Yahoo telah dikenalpasti terlebih dahulu oleh kakitangannya dan maklumat yang anda perolehi sudah pastinya tidak memasukkan tapak Web yang dibina oleh orang perseorangan yang tiada kredibiliti dalam bidang tersebut. Walau bagaimanapun terdapat juga enjin pencarian yang mengabungkan kedua-dua pen-dekatan diatas seperti Excite, Infoseek, Lycos dan WebCrawlers.



5.2.2 Pencarian Maklumat

Anda sedang mencari sesuatu? Internet boleh menjadi cara paling cepat dan murah untuk anda mencari maklumat. Jika anda tahu menggunakan enjin pencari secara berkesan.

(a) Cuba pelbagai jenis enjin pencari. Walaupun asasnya sama, setiap satunya

mempunyai perbezaan nyata dari segi kaedah pencarian.

(b) Gunakan kata kunci setepat yang mungkin. Elakkan menggunakan

perkataan umum yang mungkin menyebabkan anda terpaksa menyisih

terlalu banyak dapatan.

(c) Gunakan "advanced search option". Ini membolehkan anda menggunakan

"Boolean operators" (AND, OR, NOT, NEAR, +, -).

(d) Baca "hints" dan "help" untuk setiap enjen pencari. Ia mengandungi

maklumat bagaimana enjin berfungsi.

5.2.3 Perkhidmatan Asas Internet



Banyak perkhidmatan yang ditawarkan oleh Internet dalam semua bidang (perniagaan, akademik, kerajaan, organisasi dsb), antara lain:



• Mel Elektronik ( e-mail )

• World Wide Wide ( www )

• NewsGroup

• Multimedia

• FTP

• Gopher

• dan lain-lain







Mel Elekronik (E-Mel)



Mel Elektronik adalah salah satu kemudahan atau aplikasi yang paling banyak digunakan di internet.



Dapat menerima dan menghantar mesej, fail-fail berupa program, gambar grafik dan sebagainya dari komputer ke komputer lain dan dihubungkan melalui alat dan perisian komunikasi.





World Wide Web (WWW)



WWW adalah aplikasi yang paling menarik di internet seperti e-mail aplikasi ini sangat penting dan banyak digunakan. Aplikasi ini kadang-kadang disebut “ The killer application” atau “the world is in your finger tips” kerana sedemikian mudahnya kita dapat mendapatkan maklumat tidak hanya teks tetapi gambar ( imej ), maupun multimedia.



Dalam apklikasi ini banyak kemudahan yang dapat dilaksanakan seperti:



• Memesan atau membeli sesuatu barang secara online

• Mendaftar secara online

• Mengakses multimedia, dsb



Informasi yang diletakkan di www disebut “HomePage” dan setiap homepej mempunyai alamatnya masing-masing.





File Transfer Protokol (FTP)



File Transfer Protokol (FTP) adalah salah satu aplikasi di Internet untuk muat turun (download) dan muat naik (upload) sesuatu file di FTP server. Dengan ini kita dapat bertukar file dengan cepat. Pada masa sekarang terdapat banyak program dan software yang percuma (free) untuk di muat turun dari mana-mana laman web di internet.



Sidang Video



Sidang video merupakan perhubungan antara penguna dari berbagai lokasi yang dihubungkan melalui internet. Perkakasan yang diperlukan oleh setiap pengguna adalah komputer, kamera tv, perisian komunikasi dan alat untuk perhubungan.



Ianya boleh dianggap, seperti suatu mesyuarat yang dijalankan diruang siber dimana pesertanya berada di pelbagai lokasi yang berlainan. Pengguna boleh berinteraksi secara langsung (live) antara satu sama lain.





News Group



News Group merupakan forum diskusi yang merupakan ruangan-ruangan diskusi yang terpisah dan setiap ruangan mempunyai tajok diskusi yang berbeza-beza. Disetiap ruangan boleh terdapat lebih dari seorang yang saling bertukar pendapat atau pandangan. Jadi pendapat yang diberikan boleh diterima oleh semua orang yang ada di ruangan tersebut.



Ianya boleh juga dianggap seperti Bulletin Board yang ada di sekolah atau pejabat, sehingga setiap orang boleh meletakkan artikel-artikel atau pendapat-pendapatnya yang boleh dilihat dan dibaca oleh semua orang.



Dengan aplikasi News Group artikel atau surat yang dikirim dapat dengan cepat terletak di group yang diinginkan.





Telnet



Dengan Telnet kita boleh mengakses komputer yang lain tanpa perlu mempunyai program komputer berkenaan. Jadi yang dilihat pada paparan komputer adalah isi dari komputer yang kita hubungkan tersebut. Ini sering juga disebut “ Remote Login”.



Contoh-contoh yang dapat dilakukan dengan Telnet :



• Mencari katalog perpustakaan, kampus, dsb

• Mengakses pangkalan data

• Mengakses Buletin Board Organisasi kerajaan.



Untuk menggunakan Telnet kita harus mempunyai IP adress atau domain name dan juga kita harus mempunyai hak untuk mengakses iaitu dengan nama pengguna (user name) dan katakunci (password).







Gopher



Gopher adalah aplikasi yang dapat mencari informasi yang ada di Internet, tetapi hanya teks saja atau berasaskan teks. Untuk mendapatkan maklumat melalui Gopher, kita harus menghubungkan dengan Gopher server yang ada di internet.

Chat

Chat adalah program aplikasi internet yang memungkinkan kita berkomunikasi secara langsung (live) dalam bentuk teks dengan pengguna internet yang lain. Program aplikasi ini biasa disebut IRC ( Internet Relay Chat ).



5.3 Muat turun dan Muat Naik Fail



5.3.1 Muat Naik Fail



Anda perlu mempunyai akaun pada Geocities.com, walaubagaimana pun sekiranya anda mempunyai sebarang akaun yang disediakan dari laman web Yahoo.com seperti mempunyai akaun email atau servis Yahoo! Messenger anda boleh menggunakan ID tersebut untuk bagi servis yang disediakan oleh Geocities.com. Sekiranya masih belum mempunyai sebarang akaun, anda boleh mendaftar secara percuma pada laman web Geocities.com.



Langkah 1: Memuat naik fail imej ke Geocities.com

Terdapat pelbagai format fail - fail image digital yang boleh dipaparkan di pelayar laman web anda seperti fail berformat JEPG,GIF,PNG & lain - lain yang akan wujud bersama sama dengan perkembangan teknologi semasa. Sebagai contoh format fail yang akan digunakan di dalam tutorial ini ialah fail berformat JPEG.



Langkah 2: Akses akaun Geocities.com anda.

Langkah seterusnya adalah dengan mengakses laman web dengan pelayar web anda pada Geocities.com menggunakan kata nama ID dan kata kunci anda. Sekiranya anda masih belum mempunyai sebarang akaun, anda boleh mendaftar secara percuma di http://www.geocities.com







Seperti mana imej di atas, sila akses laman web Geocities.com kemudian klik pada Sign in.







Setelah itu masukkan kata nama Yahoo! ID & kata kunci anda pada ruangan seperti imej di atas. Sebagai contoh kata nama ID yang digunakan ialah "sipxphone".



Setelah anda mengakses akaun Geocities anda, anda akan dibawah ke laman "Geocities Control Panel" seperti imej di bawah . Seterusnya sila klik pada "Manage".







Setelah anda klik pada "Manage" anda akan dibawa ke laman "File Management Tools". Klik pada "File Manager" seperti imej di bawah.













Kemudian klik pada "Open File Manager" seperti imej di atas











Setelah itu sila klik pada "Upload Files" seperti imej di atas.







Setelah itu anda klik pada "Upload Files" tadi, anda akan dibawa ke laman "Easy Upload". Sila klik pada "Browse" untuk langkah seterusnya.













Setelah itu anda klik pada "Browse" tadi, satu tetingkap kecil akan muncul dan anda perlu mencari & memilih di mana fail yang anda ingin muat naik tersebut seperti imej di atas. Sebagai contoh di dalam tutorial ini fail bernama x001.jpg akan digunakan. Setelah memilih fail tersebut klik pada "Open". Tetingkap tadi akan tertutup secara automatik setelah anda memilih fail yang dikehendaki, sekiranya masih terdapat fail yang ingin anda mahupun klik lagi pada "Browse" dan ulangi langkah tadi. Kemudian sila klik pada "Upload Files" untuk langkah seterusnya.







Setelah itu anda klik pada "Upload Files" tadi, biarkan seberapa seketika untuk proses muat naik dilakukan sehingga anda di bawa ke laman seperti image di atas menandakan anda telah berjaya memuat naik fail tersebut.









Kini anda telah berjaya memuat naik fail imej anda!! Langkah seterusnya ialah untuk mengenal pasti URL atau "alamat internet" bagi imej yang anda muat naik sebentar tadi. Perhatikan imej di atas di mana alamat atau URL di dalam pelayar web anda bagi fail yang dimuat naik tadi ialah.

http://www.geocities.com/sipxphone/x001.jpg"





Setiap alamat yang anda akan perolehi nanti adalah berbeza seperti di atas. Ini adalah kerana setiap alamat tersebut bergantung pada kata nama ID dan nama fail yang anda muat naik tersebut. Katakan sebagai contoh kata nama ID anda di Geocities.com ialah:



Kata nama ID: abc1234

Nama fail: gambar001.jpg



Maka URL atau alamat yang anda akan perolehi nanti ialah:

http://www.geocities.com/abc1234/gambar001.jpg





5.3.2 Muat Turun Fail

1. 'Right click' rantaian pilihan anda

2. Pilih 'Save Target As' apabila pop-up menu dipapar

3. Pilih 'folder' di mana fail anda akan disimpan

Soalan



1. Nyatakan berbezaan antara News Group dan Telnet?

2. Terdapat banyak tapak web yang menawarkan e-mail percuma di Internet. Senaraikan enam tapak web yang tersebut.

3. Nyatakan secara ringkas, kemudahan asas internet yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran?



Rujukan



Lawton.T, (2002) E-mail, UK: Heinemann Educational Publishers, Oxford.



Young.M.L, (2002) Internet: The Complete Reference, Second Edition. UK: McGrawS. Hill New York.



Zainuddin. Zakaria (2001). Memahami E-Mel Mudah Dipelajari, Kuala Lumpur: WinPublication.