Sunday, September 13, 2009

Asas Rangkaian

Asas Rangkaian






Aktiviti 1 : Konsep Asas Rangkaian



Rangkaian komputer adalah koleksi sejumlah komputer yang boleh berkomunikasi antara satu sama lain melalui media yang di kongsi. Sebelum pembangunan teknologi rangkaian, komputer-komputer peribadi adalah terasing diantara satu sama lain, melainkan ianya dihubungkan dengan komputer Kerangka Utama (Main Frame).





Kegunaan Rangkaian Komputer



• Untuk berkongsi sumber atau perkakasan.



Dengan rangkaian komputer pengguna dapat berkongsi sumber dan perkakasan seperti contohnya file, printer, modem, mesin fax.



• Untuk berkongsi Perisian



Pengguna tak perlu mempunyai satu sistem yang boleh memuatkan kesemua program atau perisian dalam komputer mereka. Apa yang diperlukan hanyalah perisian asas untuk membolehkan komputer beroperasi. Selainnya pengguna dapat berkongsi dengan pengguna yang lain ataupun boleh mendapatkannya terus daripada pelayan ataupun server.



• Untuk meningkatkan produktiviti



Dengan menggunakan rangkaian komputer ianya lebih menyenangkan untuk berkongsi data dan maklumat dikalangan pengguna.



• Kos efektif



Oleh kerana pengguna dapat berkonsi sumber, perkakasan dan juga perisian maka pengguaan rangkaian komputer menjadi murah dan pelaburannya juga adalah kos efektif.



• Cepat dan segera



Pengguna tak perlu menghabiskan masa yang lama untuk bertukar-bertukar maklumat dengan pengguna yang lain. Apa yang diperlukan adalah sebuah komputer yang di rangkaikan dengan rangkaian komputer yang lain.