Thursday, June 25, 2009

Internet dan WWW

Internet dan www






Aktiviti 1 : Pengenalan Kepada Internet





Konsep Internet



Internet adalah kumpulan atau jaringan komputer yang ada di seluruh dunia. Dalam hal ini komputer yang dahulunya digunakan berasingan dapat berhubung terus dengan host-host atau komputer-komputer yang lain.



Definisi yang lain adalah, Internet bagaikan sebuah kota elektronik yang sangat besar dimana setiap penduduk memiliki alamat ( Internet address ) yang dapat untuk berkirim surat atau maklumat. Jika kita ingin mengelilingi dunia, di atas alam siber atau media telekomunikasi. Jalur lambatnya menggunakan talian telefon, dan jalur cepatnya menggunakan talian leased atau ISDN.



Oleh kerana sifatnya berupa ruang yang mirip dengan dunia kita seharian, maka internet boleh disebut dengan ruang siber ( cyber space)





Aktiviti 2 : Sejarah Internet



Sebelum Internet ada, ARPAnet (US Defense Advanced Research Projects Agency) atau Jabatan Pertahanan Amerika pada tahun 1969 membuat jaringan komputer yang tersebar di seluruh US untuk menghasilkan maklumat berpusat, yang apabila berlaku peperangan, maklumat mudah disebarkan. Jadi bila satu bahagian dari sambungan rangkaian terganggu dari serangan musuh, jalur yang melalui sambungan itu secara automatik dipindahkan ke sambungan lainnya. Setelah itu Internet digunakan oleh kalangan akademik (UCLA) untuk keperluan penelitian dan pengembangan teknologi. Setelah itu, pada awal tahun 1990 kerajaan Amerika Syarikat membenarkan penggunaan internet untuk tujuan komersial.





Ringkasan sejarah



1960an- Pakar komputer menemui cara untuk membina sistem rangkaian.



1969 - ARPANET (DoD Advanced Research Project Agency) menyambungkan UCLA, University of California di Santa Barbara, University of Utah, dan Stanford Research Institute.



1975 - Pentabdiran internet dipindahkan kepada Agensi Komunikasi Pertahanan U.S.



1979 - USENET mula disebarkan ke sistem perhubungan berita antarabangsa.



1981 - BITNET (Because It's Time Network) mula menawarkan mel-elektronik dan ‘ list servers ‘ untuk sebaran maklumat. CSNET (Computer Science Network) menawarkan servis ‘dial-up’ untuk e-mail. Perkhidmatan internet menggunakan komputer pc diperkenalkan.



1982 - TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) menjadi piawai komunikasi rangkaian pada ARPANET.



1983 - MILNET dan DDN (Defense Data Network) diasingkan dari ARPANET.



1984 - Sistem Domain Name Server (DNS) diperkenalkan.



1986 - Cleveland FreeNet memulakan operasi.



1987 - Agensi Sains Kebangsaan US (NSF) menandatangi perjanjian lima tahun ($14 juta ), dengan IBM, MCI, dan Michigan Educational Research Information Triad untuk menguruskan rangkaian.



1988 - Robert Morris, Jr. melepaskan "worm" ke Internet.



1990 - CERN ( European Particle Physics Laboratory di Switzerland) memperkembangkan World Wide Web.



1991 - NSF memperkenalkan undang-undang siber penggunaan internet untuk tujuan komersial. DoDDS mula menggunakan CC:Mail.



1994 - Digital video dan audio mula diperkenalkankan melalui Internet.









Unit 2 : Perkhidmatan Internet Asas







Aktiviti 1 : Kegunaan Internet



Banyak kegunaan yang menguntungkan yang boleh didapati dari Internet dalam semua bidang (perniagaan, akademik, kerajaan, organisasi dsb), antara lain:



1. Maklumat yang boleh diperolehi dengan lebih cepat dan murah dengan aplikasi:



• Mel Elektronik ( e-mail )

• World Wide Wide ( www )

• NewsGroup

• Multimedia

• FTP

• Gopher

• dan lain-lain



2. Mengurangkan perbelanjaan kertas dan kos pengeluaran dan penyebaran, contoh:



• Buku di Internet

• Majalah, brosur, dsb



3. Sebagai media iklan/promosi, contoh:



• Imej syarikat

• Pengenalan, dan pemesanan produk



4. Komunikasi Interaktif



• Multimedia

• E-mail

• Sidang Video (Videoconferencing)

• Internet Relay Chat

• Internet Phone



5. Sebagai alat Research and Development



6. Pertukaran data







Mel Elekronik (E-Mail)



Mel Elektronik adalah salah satu kemudahan atau aplikasi yang paling banyak digunakan di internet.



Dapat menerima dan menghantar mesej, fail-fail berupa program, gambar grafik dan sebagainya dari komputer ke komputer lain dan dihubungkan melalui alat dan perisian komunikasi.





Kelebihan



• Murah

• Cepat

• Mudah

• Berkesan





World Wide Web (WWW)



WWW adalah aplikasi yang paling menarik di internet seperti e-mail aplikasi ini sangat penting dan banyak digunakan. Aplikasi ini kadang-kadang disebut “ The killer application” atau “the world is in your finger tips” kerana sedemikian mudahnya kita dapat mendapatkan maklumat tidak hanya teks tetapi gambar ( imej ), maupun multimedia.



Dalam apklikasi ini banyak kemudahan yang dapat dilaksanakan seperti:



• Memesan atau membeli sesuatu barang secara online

• Mendaftar secara online

• Mengakses multimedia, dsb



Informasi yang diletakkan di www disebut “HomePage” dan setiap homepage mempunyai alamatnya masing-masing.





File Transfer Protokol (FTP)



File Transfer Protokol (FTP) adalah salah satu aplikasi di Internet untuk mengambil (download) dan meletakkan (upload) sesuatu file di FTP server. Dengan ini kita dapat bertukar file dengan cepat. Pada masa sekarang terdapat banyak program dan software yang percuma (free) untuk di download dari mana-mana homepage di internet.





Sidang Video



Sidang video merupakan perhubungan antara penguna dari berbagai lokasi yang dihubungkan melalui internet. Perkakasan yang diperlukan oleh setiap pengguna adalah komputer, kamera tv, perisian komunikasi dan alat untuk perhubungan.



Ianya boleh dianggap, seperti suatu mesyuarat yang dijalankan diruang siber dimana pesertanya terdiri dari pelbagi lokasi yang berlainan. Pengguna boleh berinteraksi secara langsung (on-line) antara satu dengan lain.





News Group



News Group merupakan forum diskusi yang merupakan ruangan-ruangan diskusi yang terpisah dan setiap ruangan mempunyai tajok diskusi yang berbeza-beza. Disetiap ruangan boleh terdapat lebih dari seorang yang saling bertukar pendapat atau pandangan. Jadi pendapat yang diberikan boleh diterima oleh semua orang yang ada di ruangan tersebut.



Ianya boleh juga dianggap seperti Bulletin Board yang ada di sekolah atau pejabat, sehingga setiap orang boleh meletakkan artikel-artikel atau pendapat-pendapatnya yang boleh dilihat dan dibaca oleh semua orang.



Dengan aplikasi News Group artikel atau surat yang dikirim dapat dengan cepat terletak di group yang diinginkan.





Telnet



Dengan Telnet kita boleh mengakses komputer yang lain tanpa perlu mempunyai program komputer berkenaan. Jadi yang dilihat dimonitor komputer adalah isi dari komputer yang kita hubungkan tersebut. Ini sering juga disebut “ Remote Login”.



Contoh-contoh yang dapat dilakukan dengan Telnet :



• Mencari katalog perpustakaan, kampus, dsb

• Mengakses pangkalan data

• Mengakses Buletin Board Organisasi kerajaan.



Untuk menggunakan Telnet kita harus mempunyai IP adress atau domain name dan juga kita harus mempunyai hak untuk mengakses yaitu dengan login name dan katakunci (password).





Gopher



Gopher adalah aplikasi yang dapat mencari informasi yang ada diInternet, tetapi hanya teks saja atau berasaskan teks. Untuk mendapatkan maklumat melalui Gopher, kita harus menghubungkan dengan Gopher server yang ada di internet.





Chat



Chat adalah program aplikasi internet yang memungkinkan kita bercakap secara langsung (on-line) dengan pengguna internet yang lain. Program aplikasi ini biasa disebut IRC ( Internet Relay Chat ) Disini, berbicara melalui papan kekunci dan harus mengadakan hubungan dengan IRC server.