Tuesday, June 21, 2011

Sistem Pengurusan Pembelajaran

Konsep dan Ciri-Ciri

Sistem pengurusan Pengajaran (SPP) merupakan satu sistem yang boleh mengurus aktiviti dan bahan pengajaran yang diperlukan. Secara khususnya, SPP merupakan perisian yang menyediakan kemudahan infrastruktur untuk merancang, menghantar dan menguruskan program e-Pembelajaran. SPP digunakan untuk menyampai, menjejak dan mengurus latihan.

SPP yang paling mudah ialah SPP yang digunakan bagi mengurus rekod latihan. Manakala SPP yang lebih kompleks ialah perisian yang digunakan bagi menyampaikan kursus melalui internet dan menawarkan kemudahan kolaborasi secara atas talian.



Mengikut American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran

b. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber

Manusia

c. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran



Sehubungan itu, ciri-ciri utama dalam SPP ialah seperti berikut:

• Maklumat mata pelajaran

• Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat

• Kemudahan komunikasi

• Kemudahan penilaian





6.2 Kemudahan dalam SPP



SPP menyediakan kemudahan bagi menguruskan interaksi antara pelajar dengan tenaga pengajar melalui media komunikasi yang disediakan. Media komunikasi yang terkandung di dalam SPP antaranya ialah forum, papan buletin,e-mail dan chat room. Ianya merupakan media terbaik bagi tujuan komunikasi dalam e-pembelajaran



E-Learning Centre’s (eCLIPSE, 2002) telah mengenalpasti sepuluh modul yang diperlukan dalam perisian SPP. Modul-modul tersebut adalah seperti berikut:

a) Modul Pengurusan Kursus

b) Kemudahan animasi dan demonstrasi bahan pembelajaran atas-talian

c) Pengujian dan Penilaian interaktif atas-talian

d) Forum dan Diskusi

e) Perisian Perbincangan Berkumpulan (Groupware)

f) Modul mesyuarat atas-talian (Windows NetMeeting)

g) Kemudahan perkhidmatan komuniti atas-talian

h) Ruangan Chat

i) Modul bagi menjana pembelajaran secara kolaborasi

j) Modul mengesan aktiviti pembelajaran (Weblogging)



Terdapat beberapa modul SPP di atas yang telah digunakan dan diintegrasikan dalam laman web. Sebagai contoh ialah modul komuniti atas-talian yang mengandungi kemudahan forum, message board dan bilik chat.





6.3 SPP Online



Kebanyakan SPP adalah berasaskan web bagi memudahkan capaian terhadap maklumat berkaitan isi kandungan pembelajaran dan pentadbiran pada sebarang masa, tempat dan keupayaan pengguna.



Contoh aplikasi SPP ialah penyediaan pembelajaran atas talian (contohnya; latihan berasaskan komputer), pentaksiran atas talian, pengurusan pendidikan profesional, pembelajaran kolaboratif (contohnya: perkongsian aplikasi, perbincangan atas talian), pengurusan sumber latihan (contohnya: instruktor, kemudahan, kelengkapan) dan lain-lain lagi.





6.4 Landasan SPP



Senarai di bawah adalah sebahagian daripada landasan (platform) SPP yang ada.



Sumber terbuka:

• ATutor – Open Source Web-based Learning Content Management System

• Dokeos – eLearning and Course Management Web Application

• ILIAS – Open Source Learning Management System

• Moodle – Open Source Course Management System



Sistem tertutup:

• WebCT

• Blackboard

• eCollege



Perisian sumber terbuka (open source) boleh dimuat turun, diubahsuai dan diedarkan semula.