Pengenalan kepada Reka bentuk Pengajaran (RP)
• Apakah yang dimaksudkan dengan Reka Bentuk Pengajaran?
• Kenapa bidang ini harus difahami oleh guru sebagai salah satu aspek perancangan dalam pengajaran?
Mengikut Smith & Ragan, 1999, p.2, Reka Bentuk Pengajaran ialah proses memindah dan menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran dan pengajaran ke dalam satu bentuk perancangan untuk bahan serta aktiviti pengajaran.
“Designing instruction is the process of translating principles of learning and instruction into plans for instructional materials and activities.”
Dick dan Reiser (1989) mendefinasikan RP sebagai satu proses yang sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.
Manakala Richey, (1986) menganggap RP sebagai satu bidang ilmu sains yang mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran
Yusuf Hashim, (1997), menggunakan istilah Reka Bentuk Instruksional dalam membincangkan ruanglingkup yang berkaitan dengan perkara yang sama.
Pemilihan media pengajaran mempunyai hubungan yang rapat dalam proses merancang sesuatu topik atau aktiviti pengajaran untuk menentukan keberkesanannya (Ismail Md. Zain, 2002). Dick & Reiser (1985) memperjelaskan konsep ini dan mencadangkan satu model reka bentuk pengajaran.
Seseorang guru harus mengetahuan aspek reka bentuk pengajaran kerana tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan dalam pengajaran terutamanya dalam proses pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran. Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran seperti yang disenaraikan di atas, tetapi keseluruhannya mengandungi beberapa aspek asas merangkumi:
a. analisis keperluan pelajar;
b. menentukan matlamat dan objektif;
c. memilih dan membina media pengajaran
d. mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian;
e. mencuba sistem pengajaran; dan
f. menilai keseluruhan sistem.