Monday, August 08, 2011

International Malaysian Educational Technology Convention 2011

Welcome to the 5th International Malaysian Educational Technology Convention 2011

IMETC2011 - Kuantan, MALAYSIA
http://imetc2011.yolasite.com/

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang artikel dalam Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, sila layari
http://www.jtpm-meta.com/sidang-editor.php . Saya merupakan salah seorang daripada editor untuk Jurnal ini.
Rakan-rakan di Institut Pendidikan Guru (IPG), boleh  terus jumpa saya untuk dapatkan maklumat dan bantuan. Terima kasih.

Sunday, August 07, 2011

Penyelidikan Pendidikan (JTP)

PENERIMAAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) TERHADAP
SISTEM PEMBELAJARAN DALAM TALIAN - MyCLASS ONLINE

Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi, Norlia bt. Mat Esa, &
Ridza Ahmad Nizam b. Abd. Raof
Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Ipoh, Perak.
drhadi@ipip.edu.my; norlia@ipip.edu.my; ridza@ipip.edu.my

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengkaji penerimaan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) terhadap sistem pembelajaran dalam talian - MyClass Online. Secara khususnya, kajian ini mengkaji hubungan faktor-faktor penerimaan inovasi dengan sikap terhadap penggunaan MyClass Online, hubungan sikap terhadap penggunaan MyClass Online dengan keinginan menggunakan MyClass Online, dan hubungan keinginan menggunakan MyClass Online dengan penggunaan sistem MyClass Online dalam kalangan pensyarah IPG.

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer

Definisi PPBK

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunkakan teknik-teknik kepintaraan buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal (Nik Azis, 1989)

Jom Buka Puasa



Just For Laugh

Saturday, August 06, 2011

MyClass Online Research

ACCEPTANCE OF ONLINE LEARNING SYSTEM - MYCLASS ONLINE AMONG LECTURERS IN TEACHER EDUCATION INSTITUTE MALAYSIA


Abdul Hadi bin Mat Dawi, PhD.
Norlia bt. Mat Esa, &
Ridza Ahmad Nizam b. Abd. Raof
Educational Technology Department,
Teacher Education Institute of Malaysia (Ipoh Campus), Perak, Malaysia.


Abstract

This study is aimed at investigating the acceptance of online learning system –MyClass Online among lecturers in Teacher Education Institute Malaysia.  This study specifically examined the factors related to the attitude of acceptance towards innovation on the use of MyClass Online, the attitude towards the use of MyClass Online with the desire to use MyClass Online, and the relationships between the desire to use MyClass Online with the usage of MyClass Online system among the lecturers of IPG.  This study is based on the Innovation Process Decision Making  Model (Rogers, 1995) and the Technology Acceptance Model (TAM) (Ngai, Poon & Chan, 2007). 

Bahan Audio Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pengenalan Audio

Kesan bunyi atau audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia. Muzik dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni. Audio juga mampu menimbulkan keseronokan, meningkatkan minat dan mencorakkan sesebuah persembahan multimedia. Justeru itu audio atau bunyi merupakan antara elemen yang sepatutnya diambil kira ketika merancang pembangunan sesebuah aplikasi multimedia. Audio sangat berkesan untuk menarik perhatian pengguna. Bagi persembahan yang lebih kompleks, suara latar atau “voice-over” dengan iringan muzik pastinya mampu menarik perhatian dan menyeronokkan di samping menyampaikan maklumat serta meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan yang dipersembahkan.

Thursday, August 04, 2011

Pembangunan Multimedia

Langkah-Langkah Pembangunan Bahan Multimedia

Pembangunan multimedia merupakan satu proses yang kompleks dan memerlukan perancangan yang tepat kerana ianya bukan hanya melibatkan pengurusan pembangunan perisian semata-mata malah turut melibatkan projek penghasilan beberapa media secara serentak. Pembangunan multimedia adalah meliputi semua aspek iaitu dari idea atau konsep awal hingga ke peringkat penyebaran produk atau sistem multimedia. Kejayaan sesuatu projek pembangunan multimedia sangat bergantung kepada langkah-langkah yang terlibat dalam proses pembangunan multimedia tersebut.

Bagi pembangunan bahan multimedia pendidikan, adalah dicadangkan supaya pembangun mengaplikasikan teori dan reka bentuk pengajaran untuk bidang yang berkaitan. Dalam reka bentuk pengajaran, pelbagai aspek seperti teori pembelajaran, model reka bentuk, strategi pembelajaran dan reka bentuk mesej perlu diambilkira dalam pembangunan bahan multimedia pendidikan.