Monday, September 13, 2010

Internet Dalam Pendidikan

 Konsep Internet

Internet adalah gabungan perkataan inter dan networking, iaitu bermaksud antara rangkaian. Internet juga dikenali sebagai Net, merupakan satu rangkaian komputer yang menghubungkan berjuta-juta komputer di merata dunia. Dalam hal ini komputer yang dahulunya digunakan sebagai stand alone dapat berhubung terus dengan host-host atau komputer-komputer yang lain. Komputer dirangkaikan menggunakan talian telefon atau satelit.